Selamat post hari raya......ada bagus sambutan tahun ni? Ni raya yang pertama buat den setelah 6 tahun tak balik raya (demonstrasi dan rebel diri sendiri pada kaum keluarga la katakan). Apa boleh buat, ada sedikit pengaruh luaran dan jugak nak pertahankan dasar ego diri sendiri yang agak degil (memang saya degil pun, apa nak buat dah tersemat dalam DNA sejak azali lagi).
Ok la tuh, takkan nak ungkit cerita lama kut, gilo apa...soheh lepas buka pekung di dada musti banyak orang komen punya lah. Jadi, jangan harap den nak lawakkan diri sendiri macam tu...nak tau sila buat temujanji dengan orang rumah saya (merangkap PA saya). Bagi 2 -3 hari lagi nanti saya buat cerita Raya tahun ni ok? Bagi la can nak legakan mabuk kuih Raya dulu...sengkak nih (sengkek pun ada la jugak.....pulus habis bagi duit Raya :) ).
Terkesima sebentar pasal orang rumah tau tau aja bercakap dalam tidor. Penah jugak terkena, ingat dia sembang dengan kita, rupanya dengan kawan di alam mimpi...hempeh sungguh. Nasib baik dia comel, cium pipi jer lah. Jangan nak kona kona cerita yek, takkan ada cerita atas katil punya. P n C.
Mood cerita pun tak ada melankolik, so nanti bila ada feel baru saya tulih pasal benda benda yang sewaktu dengannya. Tengah hari kelak nak turun Melaka jap ada rumah terbuka, makan free punya pasal sanggup pi Melaka, gilo betui....minyak dengan tol bukannya free. Tapi sebab kenkawan maka panjanglah langkah ni ke Melaka jap lagi.
Selamat berhari minggu, jangan tido banyak sangat, jangan makan kuih banyak sangat nanti suar jadi ketat (bukan nak kata kat diri sendiri). Bawak keta elok-elok.
Peace out!
1 comment:
am
Selamat hari raya.. sorry tak dapat jumpa tu hari.. hmm am datang la antar sham kat KLIA nanti...
Post a Comment