Wednesday, February 25, 2009

Kuro

It means black in English. The title of the day. Pandai tak saya? Boleh la sikit sikit memandangkan nak mengembangkan sayap (tapi buat masa sekarang..rasa rasanya perut semakin berkembang...dam it) ke negara matahri terbit dalam masa 2-3 tahun ni, maka elok lah kiranya belajor sikit sikit bahasa kebangsaan orang Jepun (tak sia sia cek tengok anime...kan ada faedahnya tu).

TV skrin leper (Flat screen TV?) yang dah kat sebulan booking akhirnya sampai jua. Hari tu hari yang tak berapa ceria pasal kena heret dek orang rumah pi birthday party anak buah member dia. Memang malas nak keluar pasal nak tunggu TV sebenarnya eheheh tapi bila ada unsur unsur paksaan kena ikut jugak...protes bermula. Cuba la jugak nak tukar mood lepas makan percuma...sambil santai santai tengok orang pastu ada mamat ni, rasa macam kenal jer bersalaman dengan orang orang kat luar, termasuk lah teman ni. Rupa rupanya si pelakon lelaki Malaya, Rosyham Noor. Macam drama la pulak tetiba dia datang salam...saya artis ke dia yang artis? Rasa macam YB jumpa orang orang kampung pun ada.

Sehari sebelum tu, sempat la pi Taman Tasik Titiwangsa (bukan cuci mata ye, cuci mata kat toilet) pasal ada telematch HOT FM AM Crew Vs Jam. Kata start jam 8 pagi...punya la pulun pi awal awal...tapi start kat pukul 9 la jugak. Sempat la tengok DJ DJ Hot FM yang selalunya berceloteh dalam keta secara hidup. Upin dan Ipin pun ada...betu betul betul!

Balik pada cerita tadi, orang umah pun mengomel la pasal tabiat buruk teman yang rasa rasa agak susah nak diubah secara rasional (i am built like this - kata kata pujangga dari filem Jerry MacGuire). Dua dua orang senyap jer sepanjang jalan balik dari KLCC pas amik suar tempah dia. Nasib baik tak merendek lama lama kat sana kalu tak, tak merasa tengok TV besar. MMg besar pun...42 inch...penuh meja kecik buat tempat letak TV tu...sampai kena curi curi ruang nak letak kotak itam den yang lagi satu...PS3 ler.

Dalam tempoh tu, sempat la berbaik baik dengan orang rumah...ye lah dah dapat TV baru kekekekek. Lawak jer lah, bukan pasal materialistik cuma memang kita orang ada masa senyap sedikit sekiranya ada isu isu berbangkit yang tak berapa sebulu tapi secara amnya, kita pun amik masa nak melihat apa yang berlaku sampai ada isu isu berbangkit sebelum terjun dan wachaa orang sesuka hati.

Komplikasi jugak nak cucuk input dan suaikan gambar dari player ke TV, siap bukak manual kiri kanan. Daripada jahanam, lebih baik amik sedikit masa, baca pelan pelan dan paham sebelum buat sesuatu. Ada benda tak payah pakai manual, ada benda kena kekekek...jangan pikir yang bukan bukan pulak. Akhirnya berjaya jugak...terbeliak main Soul Caliber 4...tersangatlah cantiknya gambar itu. Tengok Daniel Craig kuar dari laut pakai swimming trunk dalam Casino Royale pakai Blue Ray disc sampai mulut terjatuh ke lantai (over sangat kah?)

Nanti entry skali lagi cek masukkan gambornya ek......TV bukan Daniel Craig.

Sayonara!

3 comments:

raden putra said...

...menunggu dengan penuh ghairah ketibaan 'sambutan memanaskan rumah' sambil bertarung permainan 'Pejuang Jalanan 4' yang definisi-tinggi itu.

The Wan And Only said...

tgk daniel craig sampai jatuh mulut ke lantai? hmmm..

Anton said...

ahahahaha....insyallah kalau ada masa terluang, sempat la buat pemanasan rumah thn depan kut.
Tahun ni jadi nomad tompang umah org saja.....

Er...Yang kedua tu urm......no komen! Tengok sendiri baru tau. (sambil mop lantai yg basah....)