Soalan yang tak berapa lojik: Apasal orang cakap gelabah bewak, terkejut beruk? Bukannya terkejut bewak? Walhal kalau bewak terkejut, lintang pukang dia lari. Orang kalau gelabah bukannya lari, cuma duduk tak senang saja. Habis tu mana lojiknya pakai perumpamaan "gelabah bewak"
Nak tengok terkejuk berut cuba carik kat YouTube.....ada punya, so kira boleh diterima pakai la reaksinya.
Perhatian: Sila jangan guna perkataan di atas didalam peperiksa anda kalau tak nak kantoi dengan cikgu Bahasa Malaysia atau kelak anda hendak menggunakannya didalam peperiksaan anda.
2 comments:
sebab beruk tu sejenis mamalia, sama sedikit macam manusia.. so kira perangai terkejut tu memang satu kebiasaan mamalia... gelabah tu lain sket, seperti orang yang buat salah, so since manusia ni selalunya tak nak mengaku salah, so macam bukan bersikap manusia (aka mamalia), so kena la pakai menatang lain jadi rujukan...
ps: fakta di atas tidak ada kena mengena dgn mereka yg masih hidup dan yg sedang mati :) sekian wassalam.....
Tau la Cikgu sains...jgn la bagi jawapan yg berasakan saintifik. Scully sungguh awak yer.
Post a Comment