Saturday, June 14, 2008

Lockon Stratos (Gundam Meister) – pilot of Gundam Dynames

Perjalanan sunyi yang kau tempuh sendiri, kuatkan lah hati, cinta

Letto – Sebelum Cahaya

Kerja atas kapal dah nak siap, tinggal 2 hari lagi sebelum balik Malaya. Sekarang kapal tengah berlabuh (pelik sungguh bunyinya, macam ada iras-iras novel panas masa kat sekolah menengah dulu) kat tengah laut. Besok tengahari, kalau cuacanya bagus, ada harapan boleh turun darat awal.

Lama gila tak menulis dalam bahasa ibunda, rasa pelik semacam. Tapi tak apa, ini semua dugaan dalam bermain dengan bahasa. Banyak masa lapang sejak dua tiga hari ni baru tadi dapat habiskan ”New Malaysian Essays 1”. Tabik spring kat semua-semua. Banyak benda baru belajar, banyak benda kelakar dan banyak benda yang buat anda jadi ”hmmmmmmm”. Kalau rajin ke kedai buku, sila carik buku tu, tak rugi 30 hengget yang dilaburkan.

Apa lagi berita baru masa kat kapal....minyak naik rega. Hampeh betu, tak isi penuh-penuh minyak keta masa nak naik kapal hari tu kalau tak dah selamat la sikit sen. Bukan cek bawak keta naik kapal no(bukan no = tidak. Ni loghat orang utara, kira macam nak sedapkan cakap la senang kira). Tapi tak apa, sekarang ni kena la jimat gila-gila punya, nak kuar pun kena pikir 4-5-6 kali. Dulu tak payah, nak kuar terus zupp...ilang.

Kalau kompeni baik hati, mintak-mintak la naik elaun batu (milage dalam bahasa Inggeris, jadi kalau alih bahasa jadi batu kan kan kan?) Tak pun, nak outstation naik aja belon macam kat Sarawak dulu. Boleh eksyen kat orang. Orang tanya gi keja naik apa, boleh la jawap dengan hidung kembang yang tak nak kempis ”Kapal terbang”. La ni pun masih lagi kembang, tapi skit-skit je. Malas nak bongkak dan riak...Tuhan marah. Nanti kena murka tak pasal-pasal.

Berita baik seterusnya, berat badan pun rasa-rasa dah turun skit, almaklum la dok naik turun tangki. Penat nak mampuih! Stamina pun dah naik skit, jadi kurang la tahap kepancitan. Ingat lepas balik nih boleh la gi panjat dinding kat One Utama. Test market sat, nak tengok ok ka tak ok. Kalau agak-agak nak pitam masa dok panjat....Banzaiiiiiii!


Cukup kut buat hari dan masa ni. Nanti dah balik Malaya, cek buat cerita lagi no. Slamattt!

1 comment:

Leo Joseph said...

Hey there Amri. This is mt first ever comment. segan ada..takut pun ada...should i leave any comment on this blog of yours.

i love u my dear. that ia all that i can say to you.